CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 15, 2012

di mana letaknya nilai murni kita?

Bismillahi rahmani rahim...


di mana letaknya nilai murni kita?

sebuah pengalaman yang berlaku dan agak mencuit kan hati.
pada suatu hari, ana dan rakan-rakan keluar untuk pergi membeli barang-barang keperluan.
dalam perjalanan pulang, berlaku sedikit kesesakan lalu lintas pada jalan keluar.
dalam masa ana beratur, datang sebuah kereta yang tak perlu ana describe lebih lanjut lagi, ingin memohon nilai ihsan ana, supaya memberi sedikit laluan kepada mereka, tanpa menampilkan sebarang reaksi ingin tumpang lalu, kereta tersebut terus ingin masuk ke dalam barisan, di hadapan ana. insyaAllah, ana masih mempunyai hati untuk memberi laluan. namun, dengan tidak semena, tuan kereta tersebut terus memalingkan muka ke arah kami, dengan mimik muka marah. kami yang terpinga-pinga, kenapa mereka perlu berbuat demikian? bukankah mereka lebih perlu untuk senyum, menunujukkan muka yang manis di pandang, sebagai tanda "boleh kami tumpang lalu?"? ini sebaliknya.....

pengalaman ini mencuit hati ana dan rakan-rakan.
namun, insyaAllah, hikmah atas peristiwa ini ialah, di mana letaknya nilai murni kita?
kenapa perlu kita bersikap dingin, sedangkan bukankah lebih elok untuk kita bersikap lebih mesra?
bukan sahaja kita tidak mengucapkan sebarang terima kasih, malah lebih teruk, kita bersikap dingin dengan marah.

subhanaLlah, tentu ada hikmah kenapa Allah menjadikan manusia itu, berbeza-beza sikapnya.
ingatlah, tak rugi kalau kita berbuat baik dengan orang lain.
dan takkan kita untung, dengan bersikap buruk dengan orang lain, sekadar kepuasan yang bersifat sementara.

sebagai kesimpulan, marilah kita berbuat baik kepada semua orang.
ketepikan sifat egoisme kita, dan mula memikirkan dunia yang penuh dengan orang yang sentiasa saling hormat -menghormati, tolong - menolong, bantu - membantu.

*sifat hasad dengki telah mencetuskan idea kepada pengkarya-pengkarya pembikin filemdan drama, terutamanya kebanyakkan cerita melayu yang hangat dipaparkan di kaca tv berhampiran anda.


0 comments: