CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 24, 2011

buka mata

BismiLlah....

Dalam suasana kita berharap, atau mengharapkan sesuatu,
contohnya, kita berharap dan berdoa pada Allah agar kurniakan pada kita keputusan peperiksaan yang cemerlang,
kadang-kadang terlintas di fikiran seolah-olah, mahu memaksa Allah untuk kurniakan pada kita apa yang kita harapkan itu.
maksud ana, pernah tak kita mahu mengatakan pada Allah,

"Ya Allah, andai Engkau kurniakan pada ku keputusan yang baik, aku akan menjadi hambaMu yang soleh, dan tidak akan melakukan dosa yang selama ini aku perbuat"

kita seolah-olah memaksa dan boleh jadi sampai satu tahap, 'mengugut' Tuhan kita.

Namun, bukankah kita memang seharusnya tidk melakukan dosa?
bukankah kita sememangnya menjadi hamba Allah yang soleh, yang melakukan apa yang disuruh, dan meninggalkan apa yang dilarang?

AstaghfiruLlah...

andai Allah tidak mengurniakan kita apa yang kita kehendaki itu pun,
lihatlah! bermacam-macam nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita.
nikmat Iman dan Islam, nikmat oksigen, kita masih dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah....

SubhanaLlah.....

tapi, wahai sahabatku sekalian,
kita ni manusia yang pelupa. seringkali alpa, terleka dan terlena,
di bawa arus permodenan dunia dengan kemajuan dan kebebasan yang kita punyai.
nikmat yang Allah beri, kita gunakan sampai kita lupa pada Allah sendiri.

tiada manusia yang sempurna. kadang-kadang kita juga melakukan dosa dan kesilapan
untuk itu, dalam mengharap sesuatu kebaikan dari Allah, bukankah lebih elok andai kita menjadikan kebaikan itu sebgai satu teguran dan kesedaran buat kita.

walaupun kita banyak membuat dosa, namun Allah tetap mengasihani kita. Allah tetap kurniakan pada kita nikmatNya.
"Ya Allah, kurnikan aku keputusan peperiksaan yang cemerlang. jadikan keputusan cemerlang yang Engkau kurniakan itu sebagai teguran buat aku, kesedaran buatku, titik tolak buat aku untuk berusaha lebih gigih, memperoleh lebih banyak ilmu, dan mendekatkan diri ku padaMu"

Sekadar itu penulisan ana, insan yang sedang doa dan terus berdoaagar dikurniakan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester lepas.

Maaf, penulisan ana ni tanpa kajian. hanya sekadar buah fikiran. kepastian itu ana harapkan.


Wednesday, January 12, 2011

"Balligh anni walau ayat"

BismiLlah,

Tanggal 12 januari 2011, selepas solat maghrib di Masjid Intan Abu Bakar, Tmn Sri Pulai, ana mahu pulang ke rumah. Setiba di pintu masuk pemandu kereta MyVi, berplatkan JJU 3361, ana terdengar satu laungan memberi salam, memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Baginda, Muhammad s.w.t.

Suara tersebut sepertinya ana kenal, tapi di mana ya... rupanya adalah suara Ustaz Rifqi, seorang kaki ceramah yang dikenali di pelusuk Johor Bahru ini.

Ikutkan rasa perut, ingin ana pulang ke rumah dan pekena kopi radix, tapi ku pujuk jua hati untuk mendengar.

"Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)"
Alhamdulillah, pemikiran didasari oleh akal dan iman, bukan oleh nafsu dan bisikan syaitan. Ana terus mengambil tempat duduk paling selesa, bawah kipas, dekat dengan pembesar suara masjid, bahagian depan agar dapat mengatasi masalah rabun demi dapat melihat muka penceramah dan membaca gerak bibir beliau agar dapat digarap lebih 'ruh' ceramah tersebut.

Secebis apa yang ana dapat dari ceramah beliau....

rupanya ceramah tersebut adalah kelas yang dianjurkan oleh pihak masjid membincangkan tentang surah yasin....

[36:14-17]...
ayat ini membincangkan tentang salah satu ayat yang menggembirakan, dan menyedarkan rasulullah dan para ummat Baginda, juga sebagai motivasi bahawa hakikat dakwah yang dibawa oleh para pendakwah, memang akan dihujani dengan cemuhan, kebencian dan ujian juga ejekan...

kumpulan ayat ini menceritakan pada suatu masa dahulu, ketika zaman nabi isa, nabi isa telah menghantar dua orang utusannya ke sebuah tempat yang diperintah oleh seorang raja. dua orang utusan tersebut telah menyeru kepada raja tersebut supaya menyembah Allah dan tinggalkan menyembah berhala. namun raja tersebut enggan dan menyeksa serta memenjarakan kedua-dua utusan tersebut. lalu nabi isa mengutus seorang lagi utusan dan utusan itu berbaik dengan orang istana dan raja, dan memperoleh peluang untuk membebaskan dua utusan tadi agar mereka dapat menunjukkan kebenaran dengan mencelikkan seorang kanak-kanak daripada buta. namun raja masih tak berpuas hati, lalu dihadapkan seorang mayat pemuda (seorang mayat?) yang telah meninggal dunia seminggu yang lalu. utusan-utusan ini lalu berdoa kepada Allah agar menghidupkan semula pemuda ini supayamembuka hati raja dan rakyatnya untuk menyembah Allah. ada riwayat yang mengatakan raja tersebut beriman kepada Allah. ada juga riwayat yang mengatakan raja tersebut membunuh ketiga-tiga utusan tersebut. dan disambung dengan ayat seterusnya yang akan disampaikan oleh ustaz pada minggu hadapan.

nah, disini dapat kita lihat bahawa Allah ingin memujuk Rasullulah dan kita sebagai ummat Rasulullah dan memegang tanggungjawab menyampaikan dakwah ini. Allah ingin memberitahu bahawa jalan dakwah ini pasti dipenuhi oleh cacian, cemuhan, ujian yang sukar. apabila kita membuka mulut untuk menyampaikan dakwah ini, pasti ada yang tak suka, tak berminat untuk mendengar apa yang kita ingin sampaikan. bukan itu sahaja, malah ada yang mengejek kita dan menidakkan apa yang kita sampaikan.
Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mangampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. (QS. 71:7)
dan ingatlah bahawa mereka orang-orang kafir tidak akan pernah membenarkan apa yang kita sampaikan ini.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).......(QS. 2:120)"

andai kita futur, dan berpikiran teruknya ujian kita dalam menyampaikan dakwah ini, ingatlah, mereka yang terdahulu, ujian mereka lebih teruk dari kita. namun hasil ketabahan itu, dapat kita rasai pada hari ini. lebih-lebih lagi kita yang hidup di Malaysia yang aman dan makmur, dakwah kita tidak ditegah oleh mana-mana pihak.

selain itu juga, sukalah ana untuk berkongsi sedikit tentang sifat-sifat yang harus ada pada seorang pembawa dakwah. berdasarkan surah al-ghashiyah....

sifat pertama adalah sabar.
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, (QS. 88:17)"

sifat kedua ialah ketinggian cita-cita setinggi langit
"Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? (QS. 88:18)"

ketiga, teguh pendirian dan kuat iman.
"Dan kepada gunung-gunung, bagaimana ia di pacakkan? (QS. 88:19)"

dan yang terakhir ialah tawaduk
"Dan kepada bumi, bagaimana ia dihamparkan? (QS, 88:20)"



sekadar itulah yang ana dapatkan kongsikan. semoga menjadi manfaat pada kita....insyaAllah
wassalam