CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 10, 2010

pensel

bismillah.

suatu ketika itu, ana sedang mengikuti sebuah majlis iftar di KIPSAS.
sebelum membuka puasa, rohani terlebih dijamahkan dengan sebuah tazkirah dari seorang ikwah dari UIA. tazkirah ini hakikatnya dalam bahasa inggeris. namun bagi memudahkan antum semua, dan semoga 'ruh' nya lebih ada, ana cuba tafsirkannya ke dalam bahasa melayu, bahasa ibunda kita. ana cuba untuk tafsirkan ke dalam bahasa arab, tetapi ana tak pandai sangat.

tazkirahnya berbunyi,

"ana nak menceritakan kepada antum semua tentang seorang pembuat pensel. Suatu malam, seorang pembuat pensel telah berjaya mencipta sebatang pensel. lalu beliau menasihati pensel beliau dengan beberapa perkara.

"penselku, ada lima perkara yang harus engkau sematkan dalam diri, untuk mejadi sebuah pensel yang berguna dan hebat.

yang pertama, kau haruslah bisa dipegang. Kau harus merelakan dirimu untuk dipegang oleh penulis.

yang kedua, kau harus tahan dengan sakitnya apabila di asah, dalam usaha menjadikan dirimu lebih tajam

yang ketiga, hasil tulisan kau perlu bisa diperbaiki oleh pemadam

yang keempat, hasil tulisan kau juga haruslah meninggalkan kesan pada kertas yang kau tulis itu

dan yang terakhir, apa yang terbaik buat dirimu adalah apa yang ada di dalam kau, iaitu 'lead' mu itu.

kita sandarkan keadaan pensel itu dengan diri kita,
dalam kita ingin mencapai misi dakwah kita, kita perlu menjadi seoang yang hebat.
mustahil untuk Islam berada di puncak dunia, kalau dibawa oleh manusia yang tidak hebat.

yang pertama, kita harus menjadi seorang yang bisa mematuhi arahan. sebelum memimpin, kita harus menjadi orang yang bisa dipimpin.

yang kedua, setiap ujian itu, kita harus hadapi dengan tabah, agar selepas itu menjadikan kita orang yang lebih hebat.

yang ketiga,kita harus mejadi orang yang memperbaiki kesalahan, andai tersalah langkah.

yang keempat, apa jua yang kita lakukan, meninggalkan kesan pada semua orang.

dan yang terakhir, apa yang terbaik, adalah apa yang ada dalam dada kita, ilmu.

...............



lebih kurang macam inilah tazkirahnya.

insyaAllah, setakat itu apa yang ana dapat kongsikan, bagi yang pernah mendengar tazkirah ini, semoga hasil tulisan ana pada hari ini, mengingatkan kita semula
InsyaAllah...
wassalam.

0 comments: