CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 23, 2010

kesedaran solat berjemaah dalam masyarakat kita hari ini.


bismillah

21 julai 2010
perjalanan pulang ke jb membuka pandangan pada satu kejahilan umat manusia yang masih berleluasa dalam kalangan kita,
iaitu,
solat berjemaah

bukankah solat berjemaah itu 27 kali ganda ganjarannya dari solat bersendirian?
kalau ada peluang untuk kita berjemaah, rebutlah.

mana yang lebih kita mahukan?
rasanya tak salah untuk kita bersikap agak tamak, sematamata untuk merebut ganjaran yang lebih besar, bagi menjamin tempat kita di syurga kelak.

kisah 1.
kisahnya bermula, pada waktu asar, ana bersolat di terminal.
ketika ana sampai di surau, azan masih belum berkumandang.
di surau, terbaring sebujur tubuh, mungkin kepenatan menunggu bas agaknya.
dipendekkan cerita, azan asar berkumandang.
ana pun tak tau dari mana datangnya azan itu. tiada lah pula masjid atau surau yang berdekatan. di surau ana duduk itu pun, tiada lah bilal yang mengazan. mungkin dari jam yang tergantung di dinding surau itu, yang akan terlaungnya azan secara automatik setibanya waktu solat.
maklumlah, teknologi sekarang tidak memustahilakan perkara itu.

berbalik kepada cerita tadi, ana dan org itu pun bergegas mengambil wuduk sebagai syarat sah solat. kalau tiada wudu', tiada sah solat!

org tersebut selesai mengambil wudhu' terlebih dahulu dari ana.
selepas ana selesai ambil wudhu', ana pun ingin menunaikan solat asar.
ana sangka org itu akan menunggu ana, untuk berjemaah bersama, namun org itu sudahpun mula menunaikan solat asar.
ana pun tidak melepasakan peluang untuk merebut pahala jemaah, lalu meng'touch' bahu org itu.


kisah 2.
ketika waktu maghrib, ana singgah di sebuah surau.
ketika sampai, azan baru sahaja berkumandang.
ana lihat, tiada lah org di situ.
ana ambil air wudhu', dan hendak menunaikan solat maghrib.
ana pun tunaikan kewajiban ana sebagai seorang hamba, solat maghrib.

selesai solat jama' maghrib dan isya', ana toleh kebelakang,
alangkah terkejut nya ana, melihat ada empatlima orang sedang bersolat, sendirian.
apalah kiranya, jika mereka touch ana.
sengaja ana solat di sudut hadapan surau bagi memudahkan mereka, namun .....



nah, di sini ana bukanlah berniat hendak meburukburukan umat kita, atau sesiapa.
tapi inilah realiti umat kita. alhamdulillah, masih ada sebahagian dari umat manusia ini yang mempunyai kesedaran untuk menunaikan solat, lebihlebih lagi di akhir zaman ini. namun, bukankah berjemaah itu jauh lebih baik dari solat se
ndiri?

terkadang ana terfikir, apa yang individuindividu yang seperti ini fikirkan
atau hakikatnya, mereka tidak tahu ttg fadhilat berjemaah ini

jadi, seharusnya menjadi tugas kita,
dan kita harus ada tanggungjawab terhadap masalah umat kita ini.
bukan apa, cuma kelak di akhirat nnt, kita ada jawapan jika di tanya olehNya.

wassalam



0 comments: